ORDER FORM

Name (Required):
Email Address (Required):
Mobile No. (Required):
Address (Required):
Delivery Methods (Required):
Size (Required):
Inquiries (if any):

NOTE* The order form are only for those who 100% confirmed want the t-shirt. If you have an inquiry, feel free to drop me an email at pinvader at gmail dot com

▌▌[WTS] Tok Guru Nik Aziz Potret T-Shirt ▌▌





Price: RM20

Size: XS, S, M, L, XL, XXL, XXXL (+ RM4), XXXXL (+ RM6)

Item(s) conditions: Brand New

Material: 100% Cotton

Colour: Black

Pattern: Round Neck

Dealing method: COD or PosLaju

Location: Malacca

Contact method/details: pinvader at gmail dot com

Testimonial: http://forum.lowyat.net/topic/1005499

Place your order now!

*Buying wholesale? Contact me!

Tuesday, May 19, 2009

MB minta rakyat doakan kesejahteraan Sultan Kelantan

KOTA BHARU, 19 Mei (Hrkh) - Rakyat Kelantan diminta bertenang dan mendoakan semoga Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Al Marhum Sultan Yahya Petra berada dalam kesejahteraan.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, semua rakyat hendaklah berdoa semoga baginda cepat sembuh kerana tiada ubat lebih mujarab melainkan doa kepada Allah Taala.

"Bagi saya ubat perkara kedua. Dan perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah berdoa. Saya berdoa dan meminta rakyat turut berdoa semoga Tuanku cepat sembuh.

"Saya tahu masalah sakit kerana saya sendiri pernah menjalani rawatan di hospital. Berdoa seramai yang boleh kerana Allah pilih mana doa yang mustajab," katanya di sini, hari ini.

Sultan Kelantan menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian sejak Khamis lalu. Difahamkan keadaan baginda sekarang stabil.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, apabila berdoa beramai-ramai mungkin ada seorang dua yang dekat dengan Tuhan membolehkan doa cepat diterima.

"Saya hari-hari pergi melawat baginda kalau tidak ada keuzuran. Lagi pun saya sendiri selalu keuzuran.

"Oleh itu saya berharap rakyat bertenang dan hendaklah sering berdoa kepada baginda di mana sahaja berada," katanya.

Semalam Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Sultan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah berangkat menziarahi baginda di HUSM.

Baginda berdua meluangkan masa kira-kira setengah jam berada di Wad Diraja bagi mengikuti perkembangan kesihatan Sultan Kelantan.

Keberangkatan baginda disambut Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra dan Tengku Temenggong, Tengku Muhammad Fakry Petra serta pegawai kanan kerajaan negeri.

Sebelum itu Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah juga melawat Sultan Kelantan.

Ahad lalu, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bersama Tuanku Ampuan Besar, Tengku Aisyah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud turut melawat baginda. - mj _

HarakahDaily

Tak Salah bukan Islam baca al-Quran, masuk masjid - TGNA

Oleh: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

Islam ini pada dasarnya diturunkan untuk membawa petunjuk. Ia sumber hidayah. Ia menjadi rahmat dan penawar. Nilai gunanya adalah untuk seluruh semesta alam. Ia bersifat “rahmatal lil ‘alamiin.”

Ia berguna untuk seluruh umat manusia tanpa mengira perbezaan kaum,suku bangsa, warna kulit dan bahasa. Sepatutnya, al-Quran itu boleh digunakan dengan jujur dan ikhlas oleh penggunanya tanpa mengira sesiapa.



Pada saya, kesediaan YB. berkenaan yang cenderung menggunakan ayat al-Quran adalah satu permulaan kepada satu perkembangan yang cukup menggalakkan. Tidak ada sebab ia tidak dialu-alukan.

Jika dalam zaman awal Islam pun, Abu Lahab yang bukan Islam itupun diizin membaca dan memahami surah Al-Lahab yang mencela beliau, maka apa pilihan kita untuk menutup hak bukan Islam untuk mendekati, membaca dan cuba memahami al-Quran ?

Isu ini bermula sebaik saja pemimpin Umno mencetuskan keresahan demi meraih perhatian untuk mendapatkan populariti dan simpati ke atas partinya yang semakin dibenci orang. Saya diberi faham bahawa isu asal hanyalah kecil. Isu yang berbangkit ialah nama surah sahaja yang disebut salah tetapi ayat yang dikutip dan diterjemahan adalah betul.

Bacaannya masih OK; cuma intonasi dan sebutannya saja yang sedikit tersalah. Tetapi, taklah pula bacaannya itu sebaik seorang qari musabaqoh atau tilawah. Hatta, ada juga orang Islam baka, yang sudah lama Islamnya sekalipun; masih tidak sempurna dari segi tertib dan tartil, dari segi sebutan dan tajwid serta lafaz panjangpendeknya.

Apa yang saya nampak, YB. berkenaan tidak mentafsir. Dia cuma membaca terjemahan "Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan". Dia terjemah perkataan “ehsan” sebagai 'belas kasihan'. Itu saja.

Dalam Islam, ada satu perkara yang disebut “ Li iilaafi-quraisy “ seperti yang terkandung didalam surah Quraisy ayat 1. Maksud bergerak dari kalimat ini saya ertikan sebagai “menjinak atau menjinakkan.”

Menjinakkan siapa, jika tidak orang-orang yang belum Islam kepada Islam? Disini, apa salah orang Cina jika dia baca Quran dengan tujuan untuk berjinak-jinak dengan Islam? Jika katakan tersalah(katakan), maka dengan lemah lembut dibetulkan. Tak berbangkit sama sekali soal keperluan lapuran Polis oleh sesiapa.

Pada saya, ini percubaan menutup ruang dan menyekat langsung laluan non-Muslim mendekati Islam seperti yang pernah dilakukan oleh sebahagian dari penguasa masjid di tempat-tempat tertentu yang menghalang orang non Islam dari memasuki masjid. Sedangkan dalam surah ‘Abasa, jelas yang Nabi SAW menerima, menegur dan membimbing orang Islam dan non Islam didalam masjid.

Berbalik kepada isu, jika orang Cina baca salah, maka apa jaminan yang orang Melayu yang kebanyakannya datang dari jenis Islam baka inipun turut tidak salah ? Hal ini boleh disahkan oleh guru-guru tajwid seluruh negara pada bila-bila masa.

Ambil saja surah al-Fatihah yang menjadi ummul kitab.Saya tidak suka mencabar tetapi saya hampir pasti akan kekurangan yang juga turut melanda orang Melayu yang diperanakkan dalam suasana Islam sepenuhnya ini.satu lagi ialah apa gunanya Quran jika tidak untuk dibaca?Bagaimana orang bukan Islam mahu memahami jika diharamkan mereka dari bertatih membaca al-Quran.

Ini permulaan.Kita kena faham. Hatta, Saidina Umar sendiri diwaktu belum Islam(kufur) sekalipun direkodkan pernah merampas sesuatu dari tangan adik beliau. Beliau lalu mendapati bahawa ia satu tulisan dari Surah Toha lalu beliau membacanya dalam keadaan genggam dan lepas. Sebenarnya kufur zaman dulu adalah orang Cina atau Indialah di zaman sekarang. Sepatutnya, kita berbangga apabila orang bukan Islam boleh memetik dan cuba-cuba membaca ayat dari kitab suci kita.

Salah satu punca kelemahan dalam menguasai ilmu pembacaan al-Quran ini ialah tidak dapat menguasai tulisan jawi. Ini kerja siapa jika tidak dari kerja pemimpin Umno akibat dari “dasar anti- jawi” mereka yang amat dungu? Pemimpin Umno yang sebelum inilah?

Dalam keadaan pemimpin Umno yang meninggalkan Quran dan telah membunuh tulisan jawi itu, tiba-tiba, apabila ada pemimpin Cina membaca Quran dalam pelat yang dipandang salah, pemimpin Umno sibuk mendesak DAP mengemukakan permohonan maaf secara terbuka.

Disini soalan pertama saya, mana lebih besar dosanya, menolak Quran dan mengherdik hukum Islam dengan dosa cuba membaca al-Quran? Soalan kedua saya, apa kata, jika dalam satu masa terdekat, ada pihak yang dapat buktikan yang ada juga pemimpin Melayu dari Umno yang membaca Quran dengan salah? Mahu atau wajarkah mereka dimalukan dengan dituntut membuat permohonan maaf secara terbuka?

Saya perlu ingatkan di sini bahawa kita sedang hidup di zaman IT. Ingatlah bahawa bukti cukup mudah untuk dicari. Saya pernah tengok keajaiban teknologi internet yang ditunjukkan oleh kawan-kawan dan anak cucu saya.

Di sana ada kamera digital, adanya “youtube”, ada 3G, ada pen drive, CD, email dan pelbagai lagi rangkaian produk rakaman yang cukup sofistikated.

Dalam hal begini saya lebih gemar kita semua melakukan muhasabah. Jika takdirnyalah, rakan-rakan kita dari yang “belum Islam” ini ada kekurangan dari segi sebutan ayat-ayat Quran, kenapa kita tidak berfikir untuk adakan kelas-kelas asas pengenalan ilmu al-Quran kepada non Islam?

Dalam hal ini, gunakanlah semua rangkaian radio dan telivisyen kita untuk mengadakan slot-slot rancangan berupa kelas “mesra al-Quran” seperti yang ada dalam rancangan “learn a word a day” atau belajarlah satu perkataan satu hari . Mungkin juga ia boleh disusuli dengan kelas-kelas malam percuma di semua masjid dan surau.

Mungkin juga, kelas-kelas tuisyen malam disekolah-sekolah boleh juga diatur seperti sistem sekolah dewasa di awal tahun 60 han. Atau , kita ada IKIM, JAKIM, YADIM, dan Jabatan-Jabatan Agama Islam setiap Negeri. Saya percaya, kita boleh melakukan sesuatu ;mengambil kesempatan dan menafaat dari trend keghairahan baru yang sihat ini demi membangun bersama Islam dan mendekatkan non Islam kepada Islam.

Di sini, tidak bolehkah kita sama-sama cuba berfikir dalam kerangka pemikiran sebuah kerajaan. Janganlah terlalu mahu berpolitik secara berparti dalam serba-serbi sehingga segenap perkara hendak dipolitik mengikut syak wasangka kepartian.

Sikit-sikit menuntut maaf.Ini seperti yang didesak oleh Naib Ketua Bahagian Hulu Terengganu misalnya dalam akhbar semalam bertarikh 7 April 2009. Sikit-sikit lapuran polis. Sikit-sikit ini perkara perkauman, menghasut, sensitif dan boleh menimbulkan pecah belah.

Jika kita tidak sensitifkan isu ini maka tidak sensitif lah ia. Perkara ini bukannya susah sangat tetapi sengaja nak dikeliru dan nak disusah-susahkan. Mungkin dalam kekeliruan dan kemarahan yang sengaja di api-apikan itulah Umno mengharapkan dirinya dijulang.

Sekarang, orang sudah ramai yang cerdik. Ini khususnya dikalangan orang-orang muda. Mereka biasanya lebih cepat menghidu dan dapat membezakan terus antara durian dengan tempoyak.

Sebagai penutup, mari kita mendalami keluhan dukacita YB. Nga di atas pendirian terbaru Umno ini. Kata beliau, “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”

Pendek kata, pelik sungguh Umno ini. Dia tolak Islam tak salah. Orang Tionghua nak dekati Islam melalui bacaan al-Quran di kira salah ?

Sejak kalah di kedua bukit, Umno ini, betul-betul sudah menjadi sebuah parti yang meracau. Tidak cukup dengan seribu satu masalah di kedua tangan, dia masih menimbulkan masalah. Kehadirannya cukup menimbulkan serba salah. Ajaran yang dibawanya semakin sehari semakin salah.

China Islam

Saturday, May 16, 2009

Krisis Perak: Nik Aziz tidak setuju bincang dengan BN

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak mahu sebarang perbincangan diadakan antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata beliau tidak yakin kaedah perbincangan antara keduadua pihak yang bertentangan itu dapat menyelesaikan krisis berkenaan.

“Jalan paling baik ialah bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Persekitaran Bestari Negeri Kelantan di sini, hari ini.


Jalan paling baik ialah bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak - TGNA

Beliau diminta mengulas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden BN, untuk bertemu dengan pemimpin pembangkang dalam usaha menamatkan kemelut politik Perak.

Pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang dilaporkan mahu beliau menetapkan tarikh pertemuan itu tetapi mereka berpendirian bahawa jalan terbaik bagi menyelesaikan krisis politik itu ialah dengan membubarkan DUN Perak agar pilihan raya negeri dapat diadakan.

Bernama

Wednesday, May 13, 2009

Nik Aziz Addressing The Nation

Nik Aziz Akan Ketuai Negara Malaysia Bersatu Padu
“Wahai umat manusia, sesungguhnya Kami (Allah) telah menciptakan kamu daripada laki-laki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan keturunan supaya kamu saling berkenalan, beramah mesra antara satu sama lain. Sesungguhnya orang yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa dikalangan kamu, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam pengetahuannya akan keadaan amalan kamu umat manusia” – Surah Al Hujuraat (Bilik-Bilik) ayat ke 13.


YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat memulakan sidang media yang penuh sesak dengan ayat di atas. Sidang media ini bukan saja sesak dengan pengamal media dari saluran perdana dan media online, tetapi juga dihadiri oleh Dato’ Timbalan Menteri Besar Kelantan, ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Penyokong Kerajaan, pegawai-pegawai lantikan politik dan pegawai-pegawai Halaqat.

Tuan Guru membaca teks yang ditulis tangan dengan tulisan jawi. Berikut adalah intipati teks deklarasi Tuan Guru Nik Abdul Aziz pada 13 Mei 2009.

  1. Rakyat Malaysia perlu mengingatkan diri sendiri dengan perasaan cinta dan menyintai satu sama lain.
  2. Rakyat Malaysia perlukan sebuah kerajaan yang betul-betul berjiwa rakyat.
  3. Kerana kita telah memilih sistem demokrasi berparlimen maka kita perlu diberikan kembali hak-hak sivil kita termasuk kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun secara aman, menghormati prinsip pengasingan kuasa dan rules of law dan natural justice. Serta amalan hak asasi manusia yang dijamin oleh perlembagaan Malaysia.
  4. Hak-hak itu perlu dikembalikan segera jika ia telah dirampas dari mereka selama ini
  5. Rakyat pelbagai bangsa, etnik dan keturunan perlu dijamin keselamatannya dari segala gangguan apa bentuk jenayah sekalipun.
  6. Selagi rakyat tidak selamat dari segala bentuk kegiatan negatif itu, selagi itulah kerajaan yang memerintah tidak akan selamat.
  7. Mari kita jadikan tanggal 13 Mei 2009 sebagai titik tolak perubahan ke arah memperkukuhkan suasana hidup beragama, mempereratkan persaudaraan dan mahabah serta menolak mana-mana pihak yang menolak perpaduan kaum, yang mencetuskan isu-isu perkauman yang bukan-bukan untuk mengaut mileage politik bertujuan melanjutkan hayat perjuangan mereka berasaskan semangat kebangsaan.
  8. Kepada semua umat Islam saya menyeru, hayatilah mesej dalam salam yang disampaikan iaitu ‘peace be upon you’, disana ada makna yang sangat mendalam dan mesej persaudaraan tanpa batasan.
  9. Pada rakyat Malaysia amnya, mari kukuhkan persaudaraan dalam semangat kesepakatan rakyat berbilang kaum untuk memulihkan demokrasi di Malaysia dengan menolak segala bentuk amalan kezaliman, rasuah dan ketidak adilan.

Demikian adalah deklarasi yang disampaikan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Bilik Gerakan Negeri di Kota Darulnaim, Kota Bharu. Sejurus selepas itu Tuan Guru menyatakan hasratnya untuk menjawab sebarang soalan yang sekiranya ada dari pihak media dan semua yang hadir.

Apabila diminta mengulas berhubung keputusan Majlis Syura PAS, Tuan guru berkata keputusan Majlis Syura sudah dibacakan oleh Timbalannya Datuk Harun Din kepada pihak media, Tuan guru tidak berhasrat memberi sebarang ulasan.


Nik Aziz Berpatah Arang Dengan UMNO Barisan Nasional

Bila ditanya mengenai laporan akhbar yang memetik tulisan anaknya di blog berhubung persetujuan Tuan Guru menerima Kerajaan Perpaduan jika jawatan Menteri kewangan dan Pendidikan di beri kepada PAS tuan guru berkata,

“Tidak boleh, saya dengan UMNO saya tidak percaya. Terang-terang saya sebut saya tidak percaya keikhlasan dia, kerana dia telah tipu PAS, ketika dia tendang PAS dari Barisan Nasional, sedang dia tahu, PAS ketika hendak masuk Barisan Nasional tu, PAS pecah tiga kepada ada yang sokong, saya termasuk dibawah orang yang sokong masuk kedalam Barisan Nasional. Ada yang menjadi Hamim ada yang menjadi Berjasa”.

Tuan Guru juga memberitahu media betapa sukar untuk memulih balik PAS menjadi satu seperti sekarang dan berkata tiada jaminan yang UMNO tidak akan tendang PAS keluar seperti dahulu.

“Macam kami ni tolok kereta buruk UMNO lah, bila mapuh enjin dia ajak kami tolok, bila motokor jalan dia naik motokar kami kena sembur asap lagi.”



Tapi Nik Aziz berkata, jika UMNO menukar dari fahaman Kebangsaan kepada Islam, “Tak payah di ajak, saya sokong dia, tak ada sebablah nak lawan sesama Islam. Tapi kami lawan sekarang sebab UMNO bawak jalan sesat.”

Nik Aziz juga berkata sebagai orang Islam, “dalam sembahyang sering diulang tidak mahu jalan sesat!”.

Apabila ditanya oleh wartawan berhubung isu Kerajaan Perpaduan dan persaingan jawatan Timbalan Presiden diantara penyandang dan Dato’ Husam, Tuan Guru segera memotong dan berkata, “…Mana saya tau, tak tahu lagi, tetapi Perpaduan tak ada cara lain, lain pada UMNO ubah dasar dia daripada Kebangsaan yang menimbulkan perbalahan sesama kaum kepada Islam kerana Islam ini ajaran Nabi bukan ajaran profesor, ahli sains”

Tuan Guru juga menambah, “UMNO sendiri tendang presiden dia, bukan PAS tendang, UMNO sendiri tendang, dan di Perak pulak berlaku macam ini pulak. Semua Menteri Besar di Malaysia ini semua dilantik oleh rakyat. Rakyat menjadi hakim, hakim yang menentukan parti mana menang parti mana kalah. Di Perak pulak nasib tak baiknya Hakim menentukan Menteri Besar.”

Bila ditanya adakah Tuan Guru akan duduk semeja dengan UMNO jika UMNO tukar dari fahaman Kebangsaan kepada Islam, Tuan Guru menjawab, “Bukan saja semeja, lebih pada meja pun saya mau lagi….”

Tuan guru juga menafikan dia berusaha untuk mantapkan hubungan UMNO dengan PAS, “mana ada saya usaha untuk mantap. Saya panggil UMNO supaya masuk PAS kerana PAS ini dasarnya Islam. Di mana tak kena Islam, saya nak mintak orang UMNO tunjuk.”

Bila ditanya bagaimana PAS boleh kerja dengan PKR yang dipimpin oleh orang Melayu tetapi tidak mengamalkan Islam dalam Parti, Tuan Guru berkata, “Itu bukan parti saya, itu parti orang lain, dia nak kerjasama dengan saya, Alhamdullillah.”



Kickdefella

Nik Aziz tolak kerajaan perpaduan bersama Umno

KOTA BHARU, 13 Mei (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan PAS sama sekali tidak bersetuju cadangan penubuhan kerajaan perpaduan bersama Umno.

Beliau berkata, PAS sudah hilang keyakinan terhadap Barisan Nasional (BN) kerana penipuan yang dilakukan semasa PAS berada dalam kerajaan Perikatan pada 1974.

"Kerajaan perpaduan di antara PAS dan BN tidak mungkin berlaku walau pun ada dakwaan kononnya saya akan bersetuju sekiranya PAS ditawarkan jawatan penting termasuk Menteri Pelajaran atau Menteri Kewangan.

"Saya sudah tidak percaya kepada keikhlasan mereka yang pernah menipu PAS. Mereka pernah menendang PAS keluar daripada kerajaan Perikatan pada 1978.

"Oleh itu sekiranya berlaku lagi kerajaan perpaduan di antara PAS dan Umno, apa jaminan Umno tidak akan menendang kami keluar lagi," katanya ketika ditemui selepas sidang akhbar Deklarasi Perpaduan Nasional dan Keamanan Sejagat 13 Mei 2009 di Kota Darulnaim, hari ini.

Beliau sekali lagi mengulangi analoginya diibarat PAS menolak kereta lama Umno-BN, setelah enjin kereta itu hidup, kereta itu berjalan meninggalkan PAS di belakang yang sudah terpalit asap dan lumpur.

Mengenai Deklarasi Perpaduan Nasional yang baru dicetusnya, beliau berkata PAS ada penawarnya bagi menjalin hubungan dengan Umno dengan syarat dasar parti itu ditukar daripada kebangsaan kepada Islam.

"Sekiranya Umno menukar dasarnya dengan persetujuan daripada cawangan dan negeri-negeri kepada Islam maka PAS akan menyokong.

"Tidak ada sebab kita hendak melawan dasar dan perjuangan Islam. Kami melawan sekarang kerana Umno membawa jalan sesat," katanya.

Beliau juga berkata, Umnolah punca kekalutan dalam politik di negara ini kerana mereka hanya mementingkan bangsa, sedangkan Islam milik sejagat.

Menyentuh suasana politik di Perak yang semakin kalut katanya, biarlah rakyat yang menjadi hakim bagi memilih seseorang Menteri Besar.

Namun katanya kini sudah terbalik pula apabila mahkamah yang menjadi hakim memilih ketua kerajaan.

"Saya hairan di Malaysia nampaknya ada pihak-pihak tertentu yang menjadi dalang kepada wujudnya suasana kalut ini," ujar beliau.

Ditanya mengenai konsep '1 Malaysian' yang diuar-uarkan Perdana Menteri sekarang katanya, BN hanya mencedok apa yang telah dilaksanakan PAS.

Menurutnya PAS membawa dasar perjuangan Islam sehingga masyarakat Cina dan India sudah menerima konsep tersebut seperti yang berlaku di Kelantan sekarang.

"Di Kelantan, kita ada wakil masyarakat bukan Melayu dalam kerajaan bagi menghubungkan mereka dengan bukan kaum Islam," ujarnya.

Sementara itu, seorang usahawan Kenny Chua, 53 berkata, keluarganya mendapat perlindungan di kediaman Menteri Besar Kelantan, Dato' Asri Muda semasa berlaku peristiwa 13 Mei 1969.

Menurut beliau, bapanya Chua Say Paw pernah memberitahu PAS satu hari nanti akan berjaya memerintah Kelantan sekiranya mereka mengambil berat masyarakat bukan Islam seperti yang berlaku sekarang. - mj/mks. _

HarakahDaily.Net

Tuesday, May 12, 2009

Kenyataan Penting YAB. TG Nik Aziz Esok Pagi

Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Menteri Besar Kelantan menjemput semua wakil media dan media online termasuk bloggers untuk menghadiri satu sidang media khas yang akan diadakan oleh YAB. Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat pada esok hari, 13 hb Mei 2009 di Dewan Teratai, Kompleks SUK Kota Darul Naim.

Di dalam sidang media penting ini, Tuan Guru Nik Aziz, yang sudah menjadi Menteri Besar Kelantan selama hampir 19 tahun akan mengumumkan suatu penawarannya kepada rakyat Malaysia untuk memperkukuhkan perpaduan nasional.

Sidang media tersebut juga akan disiarkan secara live menerusi www.kelantan.tv

Sekian dimaklumkan.

Kickdefella

Monday, May 11, 2009

TERKINI : Pesan Musyidul Am PAS

KOTA BHARU : YAB Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan beberapa kenyataan dan nasihat kepada seluruh rakyat Malaysia sebentar tadi sebagaimana di maklumkan melalui talipon oleh sdr. Mat Ali semasa dihubungi sebentar tadi. Beliau bersama Tok Guru semasa pengumuman kemenangan Nizar di umumkan.

Kata Tok Guru :

" Setelah kita menang di Perak kini Perak telah bertukar menjadi Emas buat Pakatan Rakyat, Kejahatan telah terbukti dan kebenaran telah menjelma. Saya menasihati agar yang beragama Islam untuk puasa sunat esok hari serta sembhyang Sunat Syukur 2 rakaat. Jangan terlalu gopoh dengan kemenangan ini"

Selain itu dimaklumkan setelah Tok Guru menerima berita itu beliau telah solat sunat dan disusuli dengan sujud syukur.